Khamis, 5 November 2009

Campus Life

1st in USM
fuh, gembira, syok, happy & last skali bosan...

firstly aku nak cakap xde apa2yg menarik tentang blog aku ni baik xyah bc,buang ms kje ka(klu korg rs la)
bila aku menjejakkan kaki jer kat Penang ni, aku dah tahu dah banyak yang akan aku bakal tempuhi disini nanti.
bila aku masuk aku dah rasa gembira, smpai dlm hati ak ak kta "oh,ini ke USM,rupanya"
agaknya aku ni agak ke'daratan' kata orang ganu atau macam kuda baru terlepas dari kandang, tekejut(maksud aku kagum larr) coz satu-satunya universiti yang terdapat dalam pulau ni betul-betul berada selepas jambatan Pulau Pinang
kerana apa,selama ni aku nak tengok jambatan yang terpanjang di Asia ni pun hanya dalam tv jerr, ak tak pernah sampai/menjejakkan kaki di Penang ni, maka sebab tu le ak xheran sgt klu terkejut, paling-paling kurang pun aku boleh sampai kat Kulim, Kedah masa nak pegi hantar adik aku ke MRSM,nampak signboard ke Penang, rs nak pergi je, nak tengok ada apa sebenarnya kat sana tu, orang cakap anak mami ramai, aku nak kenal jugak depa, tp memandangkan parent ak bz, so xdpt la pd ms tu
mama ckp "len kali kita pgi k"~
tapi bila dah mauk sini aku puas jugak duk lalu & lepak kt atas brigde tu, mula2je kagum
nak tegok dalam kawasan USM pun boleh je, lokasi terbaik jalan atas Jabatan Canselori USM yang terletak atas bukit/HBP
aku rasa budak2 HBP pun dh puas daa tgk penang bridge yang tiap2 duk ngadap kelas mereka
bila dah kat semiggu duk kat sini, aku dapat desa(macam asrama la)yang dekat dengn school aku(kira asrama lame dlm campus),xpayah la nak naik bas/moto, jalan kaki pun bleh, dekat je, pastu dah sampai daa, klu hjn no hal ak redah je
huhu, ada sorang member satu sekolah aku tu masa masuk usm skali, dia dpt desa yang jauh dr campus,RST,jauh siot klu nak gi kelas kne amik masa kt setengah jam nak tunggu bas,haha, kesian giler, sedangkan aku just jln bbrpa langkah n then sdh smpai ke kelas, warr, hapyynyee coz dekat sangat
bila dah dekat sebulan aku nak explore jugak nak jelajah kenal2 tmpt, bgnn2, dwn kuliah coz senang nnti, nk cam, xyah la tekapai-kapai nak cari, xyah nk malu muka, nanti org ckp,"hek elek nme pun student berapa bulan daa ko duk sini,bangunan pun xtahu, piiraahhh" time 1st msuk kelas kan dh kena halau kuor coz lambat msk/smpai (Sara), hehe(jgn mrh Sara)
rilex la Sr ni mula2 ni slow2 la nk knl, xslh, nnti klu dah grad org tnya kt bagunan ni, klu xleh jawab kan malu org kata studet je blajar kt 3 thn tp bgunn pun xtahu, kakakwarghkakaka
tapi bila dah dekat 2bulan, hampir 1sem pengajian aku mula merindui rumah,my hometown, rindu giler siot, smpai homesick
I'm miss my mom, i miss my dad, tp aku xkesah sgt coz aku biasa daa berjauhan dgn family, tp ada la sorg tu, kesian dia, sabar ye awk, smpai die deman, then aku bwa die ke Pusat Kesihatan USM, alahai kad matrik pulak xbwa(hampeh smua kemudahan dlm kampus perlu kad matrik,nak keluarkan duit dr mesin ATM la,masuk library la,nak masuk kenderaan dlm kampus kena punch kad kt palang otomatik tu, klu x xleh masuk, security reason kot coz org luar susah nak masuk kena berurusan dengan abg guard yg bbdn tegap tu, klu x, no entry, dah la dlm peraturan tu dtulis"suma pelajar diwajibkan mengenakan pemakaian tag pelajar" ala tu cuma peraturan ugutan, aku tak ikut pun, tu hanya budak first year yg baru masuk yang yang lurus bendul je), ak blik pula ke desa utk amik kad matrik tuu & sementara doktor mengambil rawatan untuknya
tapi memang kesian dia beb, kat seminggu demam, dgn aku2skali pun deman, agaknya dia xterbiasa berjauhan dengan family kot slama ni, biasa dia ni kalau demam mak/mama nye yg tolong berikan ubat
sering dgn kain bsh,ish2,kesian

bahaya jugak homesick ni ye, sama mcm H1N1
tapi smua student pun macam tu, lama2 dah terbiasa larr
last skali mmg bosan coz dah knl smua tempat & mmber2 kt sini, ada bst jgk, tp bsn jg klu terigat kt kampung rasa nak balik jee, best lagi member2 kat kampung xsama dgn kt sini, kt kg 1kepala, 1loghat, tapi bila kt sini ko akan kenal pebagai bangsa Melayu, Cina, India especially, yg foreign/international student pun ada, US,UK,France,Germany,Australia,Romania&Russia tu xyah ckp la coz dlm 1kategori iaitu Mat Leh(fizikal & warna kulit depa pun hampir samaq)
kalu yang Asian pula ada yg dtg dr negara jiran kita Thai, Indonesia, malahan dr Jepun & China pun ada,huh
tapi bangsa luar yang ramai jugak la ada yg dr timur tengah, iaitu student Arab
klu yang Melayu tu pulak yang terutama yg satu kos dengan aku ramai kwn la yang dari Kelate, fuh diorang bknya apa, tapi ssh sgt nk memahami perckpn diorang, pkt sgt, klu ada yang boleh ckp luar ada la yg jugak boleh ckp
ni jgn kn ckp luar dgn org luar pun die ckp ikut loghat/dialek dia, apatah lagi sesama dia, huhu
ada juga yg dtg dr Kedah, Penang ni le je, Perlis, Perak, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor even dari Sabah & Sarawak, boleh katakan seluruh Malaysia(1Malaysia)
bangga la jugak boleh kenal dengan semua orang, hihi
(aih, cerdiknya aku,klu dah ada seluruh my,xyah la taip nma negeri ti, buat penat jerr)
fuh kalu dah berbagai bangsa, negeri, budaya & adat, maka aku pun kena belajar/memahami pelbagai jenis2 td tu, well as you know orang ni macam2 ragam dan jenis, dah larr mls nk ckp, korg faham-faham sendiri jerr
kata Nabil raja lawak, lu fikirq la sendiri(berapa kali aku nak ulang benda yang sama ni,hampeh)
kalu cuaca kt utara ni(Penang) pulak org ckp panas la(hott), tapi bg aku semua tempat sama je dlm Malaysia, nama pun kawasan tropika/khatulistiawa (korang tak belajar Geo ke ms sekolah dulu,pergi bukak balik buku Geografi!)
kat kampung ak pun ada hujan ada panas, sini pown same jee
k la, esk ak citer lagi ak dh kebuntuan + malas nak taip ni wlaupun xde kelas, tapi ak dh terbiasa tdo awl,
nite :)

Shah is here,bored

Hey semua, aku ni Shah, orang panggil aku Shah atau Fiq je kat kampus, kalau kat rumah orang panggil aku Afiq, Pepp atau Mat Pepp
sebenarnya aku ni malas nak buat blog, kalau ada masa sangat-sangat la baru aku buat, misalnya aku dah submit semua assignment aku dan kalu buka internet tu dah tak tahu apa nak buat (facebook & yahoo mesengger) aku dah puas layan dah, ak buat la blog ni, aku tengok pulak ramai member aku buat blog ni tapi aku tak tahu la kenapa diorang buat saja untuk relase tension/bored ataupun nak saja-saja nak enjoy, huhu, ntah la bro, lu pikir la sendiri
Tapi bagi aku, blog ni bagus dan banyak kegunaan kerana, kita boleh share-share cerita tak kisah la cerita apa pun, certa panas, gosip artis celebriti. Tapi sebagai student macam aku patut menmanfaatkan blog ini untuk tujuan pembelajaran, bukan nak gosip-gosip yang tak berfaedah yer, haha

tu la saja aku dapat taip dulu, tangan aku dah malas nak taip, penat gler, (dah la taip kat 1000 patah kata sebuah artikel yang lec aku nak, ntah apa2 tah)
so, any comment so far??